Sunday 19 June 2011

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA


 1. MAKLUMAT PERTANDINGAN
a) Pertandingan ini dibuka dari 1 Mei 2011 hingga 30 Jun 2011.
b) Penyertaan hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
c) Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan iaitu:
“Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia. Tulis sepucuk surat yang menceritakan
pengalaman dan harapan anda kepada rakyat Malaysia.”
d) Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah perkataan seperti berikut:
i) antara 300 hingga 500 patah perkataan untuk Kategori A.
ii) antara 500 hingga 1,000 patah perkataan untuk Kategori B.
e) Format surat adalah surat TIDAK RASMI. Mulakan surat anda seperti berikut:
Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi,
PENGALAMAN SAYA SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN DAN HARAPAN SAYA KEPADA
RAKYAT MALAYSIA
……………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………..
2. KELAYAKAN PENYERTAAN
a) Pertandingan menulis surat ini dibuka kepada para pelajar sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 6
(Kategori A) dan menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Kategori B) di seluruh Malaysia.
b) Para pelajar yang ingin menyertai mestilah merupakan warganegara Malaysia.
c) Para pelajar yang ingin menyertai juga dikehendaki membeli setem berharga RM0.80 dan sepucuk
sampul surat kosong bersaiz A4 dan beralamat sendiri untuk pihak penganjur mengirimkan sijil
penyertaan.

3. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
a) Hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan bagi setiap peserta.
b) Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 30 Jun 2011 kepada Sekretariat Pertandingan seperti yang
dinyatakan di bawah.
c) Surat yang ditulis mestilah mengikut tema yang ditetapkan di perenggan 1 (c).
d) Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati surat yang dihantar bukan karya asli, maka
penyertaan anda dibatalkan serta-merta.
e) Surat mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.
f) Surat mestilah bertulis tangan, kemas, dan mudah dibaca. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan mesin
taip atau komputer.
g) Surat mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 300-500 patah perkataan untuk Kategori A, manakala 500-
1,000 untuk Kategori B.
h) Surat dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi dengan nama pelajar, alamat rumah pelajar, nombor
telefon pelajar, nama sekolah, alamat sekolah, nama guru penyelaras dan nombor telefon guru hendaklah
diposkan secara individu. Borang penyertaan boleh didapati di laman web Pos Malaysia (www.pos.com.my).
i) Penyertaan mestilah disahkan/dicop oleh pihak sekolah secara individu.
4. KRITERIA PENGHAKIMAN
Keseluruhan surat yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skima pemarkahan
berikut:
a) Penggunaan Gaya Bahasa:
i) Tatabahasa = 20 markah
ii) Perbendaharaan Kata = 20 markah
iii) Struktur Ayat = 20 markah
b) Kandungan:
i) Kejituan Fakta dan Penghuraian = 40 markah
Keseluruhan = 100 markah
5. SENARAI HADIAH PEMENANG
Seramai 3 pemenang akan dipilih
bagi setiap kategori serta 10
pemenang saguhati.
6. Sila alamatkan penyertaan anda kepada:
Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia
P.O. Box 1000
50796 Kuala Lumpur
7. Untuk sebarang maklumat/pertanyaan, sila hubungi:
Sekretariat
Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia
Bahagian Komunikasi Korporat
Pos Malaysia Berhad
Tingkat 34, Menara Dayabumi
50050 Kuala Lumpur
Tel : 03-2267 2000/03-2267 2078
Faks : 03-2274 5951
Email : hafiz.kadir@pos.com.my / shazuin.shahri@cmc.gov.my
KEMENTERIANPELAJARANMALAYSIA
Anjuran bersama

No comments:

Post a Comment